20m Podcast iaitu saluran Youtube oleh Arief Johan dan Rino Askyes telah hadir dengan “Malaysia Direct 2023 – A Malaysian Indie Games Showcase” iaitu video yang berkongsi permainan-permainan oleh pembangun tempatan. Anda boleh tonton video tersebut di bawah.
Selain memperlihatkan permainan yang sudah tiba dan juga akan tiba, video ini juga melakukan temubual bersama dengan beberapa pembangun untuk berkongsi secara lanjut mengenai permainan mereka.
Pembangunan permainan video semakin giat berlaku di Malaysia dan video ini adalah salah satu bukti yang memperlihatkan perkembangan industri ini secara tempatan sejajar dengan perkembangan secara global.