Laman media Jepun Oricon telah melaporkan yang Great Teacher Onizuka akan menerima filem aksi nyata dengan judul “GTO: Revival” yang akan ditayangkan pada suku kedua tahun depan bersempena dengan ulang tahun ke-65 Fuji TV.
Bagi filem ini, Takashi Sorimachi akan kembali membawa watak Onizuka selepa membawa watak tersebut di dalam siri aksi nyata yang dikeluarkan pada tahun 1998. GTO: Revival ini akan menjadi kesinambungan kepada siri tersebut, di mana Onizuka akan kembali sebagai guru mengajar pelajar-pelajar zaman baharu.
Takashi Sorimachi di dalam temubual bersama Oricon telah mengatakan yang beliau sudah beberapa kali diminta untuk kembali terlibat dengan GTO tetapi bagi filem kali ini, beliau merasakan ia adalah masa yang tepat dan telah memilih untuk melakukannya.
Selepas siri pada tahun 1998, GTO telah menerima beberapa lagi siri aksi nyata lain iaitu yang dikeluarkan pada tahun 2012 oleh KTV dan Medix Mix Japan, dan juga terdapat siri pendek yang menempatkan Onizuka di sekolah Taiwan.
Buat masa ini tidak disahkan lagi jika filem GTO Revival ini akan disiarkan secara global. Great Teacher Onizuka merupakan siri manga yang dikeluarkan pada tahun 1997 sehingga 2002 oleh mangaka Tooru Fujisawa.