Apple TV+ hari ini mengumumkan siri animasi baharu CURSES! oleh DreamWorks. Siri ini adalah seram komedi untuk kanak-kanak dan akan disiarkan pada 27 Oktober 2023.

Siri ini mengisahkan Alex Vanderhouven (Reid Scott) yang disumpah menjadi batu kerana moyangnya yang pernah mencuri artifak misteri. Jadi anak-anak Vanderhouven iaitu Pandora (Gabrielle Nevaeh) dan Russ (Andre Robinson) perlu memulangkan artifak ini untuk mengembalikan bapa mereka dalam pengembaraan seram komedi.

Siri ini dihasilkan oleh Jim Cooper (“DreamWorks Dragons”), Jeff Dixon (“The Hurricane Heist”) dan John Krasinski (“A Quiet Place” Parts I & II, The Office) menjadi penerbit eksekutif. Untuk pelakon suara Lyric Lewis, Rhys Darby, James Marsters, Rhea Perlman, Phylicia Rashad dan Robert Englund turut akan terlibat dengan siri animasi ini.

Sohor Kini