CD Projekt Red ketika penstriman khas telah mengumumkan yang kemaskini Cyberpunk 2077 versi 2.0 akan tiba pada 21 September 2023 untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC yang akan menyertakan pelbagai pembaharuan untuk permainan ini.
Seperti diumumkan sebelum ini, kemaskini 2.0 ini akan menyertakan pelbagai penambahan yang ditawarkan secara percuma kepada semua pemain, berbeza dengan penambahan yang akan tiba melalui Phantom Liberty,
Antara yang akan disertakan adalah sistem skills trees dan perk yang diubah suai, memperkenalkan kapasiti untuk cyberware, sistem polis baharu dan juga penambah-baikkan untuk UI dan UX. Anda boleh lihat gambar di bawah untuk memperlihatkan penambahan lain termasuk juga bagi Phatom Liberty.
Cyberpunk 2077 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Namun, kemaskini 2.0 dan Phantom Liberty hanya ditawarkan untuk PlayStation 5, Xbox Series dan PC.