Crystal Dynamics ketika Nintendo Direct dan juga State of Play telah mengumumkan yang Tomb Raider I, Tomb Raider II dan Tomb Raider III akan menerima versi penambah-baikkan.
Ketiga-tiga permainan akan ditawarkan di dalam satu berkas dan akan dikeluarkan pada 14 Februari 2024 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.
Selain peningkatan daripada segi grafik, permainan ini juga akan membawa penambahan yang sebelum ini tidak ditawarkan di konsol iaitu Unfinished Business, The Gold Mask dan The Lost Artifact.
Jika berminat, berkas permainan ini sudah boleh mula di pra-tempah di semua platform yang dikeluarkan.