Selepas lima tahun, Aquaman kembali dengan filem tersendiri melalui Aquaman and the Lost Kingdom. Dalam filem ini Jason Momoa sekali lagi menjadi Arthur Curry/Aquaman dan kini adalah raja Atlantis.

Filem ini akan memfokuskan kisah Aquaman bersama Orm lakonan Patrick Wilson bagi menentang Black Manta (Yahya Abdul-Mateen II) yang semakin berkuasa dan jahat kerana memiliki trisula Black Trident.

Dalam treler di atas anda boleh saksikan yang Aquaman kini mempunyai anak sendiri, ada banyak aksi menarik dan macam biasa filem arahan James Wan tidak sah kalau tiada elemen seram. Beberapa komedi turut kelihatan yang pasti merumitkan keadaan kerana Arthur Curry dan Orm yang dulunya musuh kini terpaksa berganding bahu.

Amber Heard, Nicole Kidman, Temuera Morrison, Willem Dafoe, Dolph Lundgren, Randall Park, Vincent Regan, Indya Moore dan Pilou Asbæk turut berlakon dalam filem ini. Aquaman and the Lost Kingdom akan ditayangkan pada 20 Disember tahun ini.

Sohor Kini