Werewolf by Night adalah filem seram pendek yang berlaku dalam dunia Marvel Cinamtic Universe. Filem ini diarahkan oleh Michael Giacchino dan disampaikan dalam hitam putih untuk mengimbau kembali filem-filem seram 1930-an ke 1940-an.
Baca – Ulasan Werewolf By Night – Unik, Segar Dan Ngeri
Filem ini juga adalah antara kandungan MCU terbaik di Disney+ pernah saya saksikan untuk tahun 2022 dengan skor ulasan di Aksiz adalah 9/10. Terbaru, Disney akan melancarkan semula filem ini dengan edisi berwarna pada 20 Oktober ini di Disney+.
Filem ini akan mengumpulkan pemburu raksasa di Bloodstone Temple selepas ketua mereka mati. Serigala jadian Jack Russell (Gael García Bernal) dan Elsa Bloodstone (Laura Donnelly) menjadi fokus utama. Paling menarik, raksasa terkenal Marvel iaitu Man-Thing turut akan muncul.
Sumber – IGN