Sony Interactive Entertainment hari ini telah mengumumkan tiga warna baharu untuk cover PS5 dan juga DualSense. Melalui koleksi “Deep Earth” ia menyertakan warna dengan kemasan metalik iaitu Volcanic Red, Cobalt Blue dan Sterling Silver.
PS5 Cover ini akan ditawarkan dengan harga RM259, manakala DualSense dengan harga RM369 akan tetapi buat masa ini, mereka tidak mengumumkan lagi tarikh untuk warna baharu ini akan mula dijual.