Goosebump Lakonan Justin Long Akan Ke Disney+ Oktober Ini

Goosebump adalah buku seram oleh R.L Stine yang cukup popular. Buku ini telah diadaptasi menjadi dua filem dengan Jack Black menjadi Stine. Terbaru, Disney+ bakal hadir dengan siri TV pula berasaskan buku yang sama.

Siri TV akan mempunyai 10 episod dan akan mula disiarkan di Disney+ pada 13 Oktober. Goosebump mengisahkan sekumpulan pelajar sekolah yang menyiasat kes misteri Harold Biddle yang melibatkan ibu bapa mereka.

Goosebump akan sekali lagi melibatkan Justin Long dalam genre seram selepas kejayaan filem Barbarian. Menyertai beliau adalah Rachael Harris (Lucifer), Zack Morris (EastEnders), Isa Briones (Star Trek: Picard), Miles McKenna (Guilty Party), Ana Yi Puig (Gossip Girl) dan Will Price (The Equalizer).

Sohor Kini