Square Enix ketika acara State of Play telah berkongsi treler baharu untuk Final Fantasy VII Rebirth yang antaranya telah mengumumkan ia akan dilancarkan pada 29 Februari 2024 untuk PlayStation 5.
Di dalam treler baharu ini, ia bukan sahaja memperlihatkan Cloud, Aerith, Tifa, Barret, Red XII melalui pengembaraan baharu, tetapi juga beberapa watak lain membuat penampilan antaranya Sephiroth, Cait Sith, Vincent dan juga Zack yang buat masa ini masih tidak disahkan bagaimana dia terlibat di dalam penceritaan.
Selain itu, mereka juga telah mengumumkan sesi pra-tempahan kini dibuka dan Collector’s Edition juga ditawarkan yang akan menyertakan figura Sephiroth.