Nintendo ketika acara Nintendo Direct hari ini telah mengumumkan permainan baharu untuk Peach iaitu Princess Peach: Showtime! yang akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada 22 Mac 2024.

Di dalam permainan ini, Peach telah mengunjungi Sparkle Theater untuk melihat persembahan akan tetapi teater tersebut telah serang oleh Sour Bunch. Peach bersama dengan Stella iaitu penjaga teater tersebut bekerjasama untuk melawan Sour Bunch.

Peach boleh bertukar kepada pelbagai gaya berlainan seperti swordfighter, detective dan juga kung-fu untuk mendapat kuasa berlainan bagi melepasi pelbagai halangan.

Sohor Kini