Nintendo ketika acara Nintendo Direct hari ini telah mengumumkan yang permainan Mario vs. Donkey Kong iaitu permainan penambah-baikkan untuk permainan berjudul sama dikeluarkan untuk Gameboy Advance pada tahun 2004 akan dikeluarkan untuk Nintendo Switch pada 16 Februari 2024.

Kebanyakan peringkat di dalam permainan ini adalah seperti permainan asal dengan grafik dipertingkatkan. Selain itu, mod koperasi setempat juga akan disertakan di dalam permainan ini. Di dalam permainan ini, Donkey Kong telah mencuri mainan dan Mario perlu menyelamatkannya.

Sohor Kini