Spy x Anya: Operation Memories Diumumkan Untuk Nintendo Switch

Bandai Namco ketika acara Nintendo Direct hari ini telah mengumumkan permainan berdasarkan siri manga dan anime popular Spy x Family iaitu ‘Spy x Anya: Operation Memories’ yang merupakan permainan pengembaraan dan akan tiba sekitar tahun 2024.

Di dalam permainan ini, pemain akan menjadi Anya dan melalui kehidupannya bersama dengan ibu dan bapa angkatnya Loid da Yor, selain itu bersama dengan rakan-rakan seperti Damian dan Becky. Yuri dan Fiona juga akan membuat penampilan di dalam permainan ini.

Tatamain permainan ini antaranya menyertakan mengambil gambar pengembaraan Anya, bermain permainan mini dan pelbagai lagi.

Sohor Kini