Final Destination 6 kini dalam pembangunan. Filem ini dikatakan akan berlaku di tempat baharu dan bukan satu olahan semula. Filem ini turut akan melibatkan pengarah filem Spider-Man: No Way Home iaitu Jon Watts.
Zach Lipovsky dan Adam B. Stein akan mengarah filem. Terbaru, Tony Todd iaitu pelakon yang amat terkenal dengan genre seram dilaporkan akan kembali untuk Final Destination 6. Todd mula mencipta nama dengan Candyman dan kemudian terlibat dengan tiga filem Final Destination.
Filem ini dikatakan akan memfokuskan kepada petugas barisan hadapan. Dengan penglibatan Todd yang kembali sebagai William Bludworth, filem ini dikatakan akan lebih fokus kepada watak ini termasuk dengan menceritakan kisah silam dia. Buat masa ini masih tidak pasti bila filem akan ditayangkan, sama-sama kita nantikan.
[sumber] Bloody Disgusting [/sumber]