Skip to main content

Stranger Things 4 mengubah bagaimana sebuah siri TV disampaikan. Setiap episod mempunyai durasi yang sangat panjang dengan episod akhir melebihi dua jam seakan sebuah filem. Stranger Things 5 akan menjadi penutup kepada siri TV ini.

Baca – Ulasan Stranger Things 4 Bahagian 1 โ€“ Makin Seram, Ngeri Dan Panjang

Baru-baru ini Shawn Levy selaku penerbit eksekutif berkongsi kepada Total Film yang Stranger Things 5 akan menjadi berkali ganda lebih besar berbanding musim lepas. Katanya menonton musim kelima nanti seakan menonton filem berskala besar cuma ianya adalah siri TV yang ada banyak episod.

Musim kelima turut dikatakan akan menjadi musim penuh dengan emosi dan menyentuh hati. Penggambaran akan bermula sejurus sahaja mogok di Amerika Syarikat tamat. Linda Hamilton turut akan terlibat dengan siri ini nanti. Sama-sama kita nantikan kemas kini siri TV ini akan datang.

Leave a Reply