Larian Studios telah mengumumkan yang Baldur’s Gate 3 akan menerima kemaskini “Patch 3” pada 21 September 2023 yang antaranya menyertakan versi penuh permainan tersebut di Mac. Baldur’s Gate 3 sebelum ini dilancarkan secara akses awal untuk PC dan Mac, akan tetapi pada 4 Ogos lepas, hanya versi PC yang menerima versi penuh.
Jika anda mendapatkan Baldur’s Gate 3 melalui Steam anda akan mendapat permainan ini untuk kedua-dua platform iaitu PC dan juga Mac. Oleh itu, jika anda memiliki PC dan Mac anda tidak lama lagi boleh bermain di kedua-dua platform dengan sokongan rentas kemajuan.
Baldur’s Gate 3 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 5 dan PC. Ia juga akan dikeluarkan untuk Xbox Series sekitar tahun ini.