Synced Dilancarkan Untuk PC Melalui Steam Dan Epic Games Store

NExT Studios dan Level Infinite telah melancarkan permainan terbaru oleh mereka iaitu Synced untuk PC melalui Steam dan juga Epic Games Store sebagai permainan percuma untuk dimainkan seperti yang diumumkan semasa acara Into the Infinite: A Level Infinite Showcase.

Synced menyertakan mod koperasi sehingga tiga pemain tetapi juga boleh dimainkan secara berseorang bagi permain yang lebih gemar bermain solo dan inginkan lebih cabaran. Di dalam permainan ini, pemain yang digelar sebagai Runner mempunyai kebolehan dengan menggunakan Prime Nanos.

Pemain juga boleh menambah ataupun mempertingkatkan kebolehan dengan menggunakan Exhanges Mods, ia hanya boleh digunakan untuk satu sesi sahaja tetapi akan menjadikan setiap sesi terasa berlainan dan unik.

Runner juga boleh menggunakan Guntech ataupun senjata yang mempunyai jenis-jenis berbeza memberikan lebih pilihan untuk pemain mendapat pengalaman tersendiri bermain permainan ini. Selain PvE, permainan ini juga menyertakan PvP.

Synced juga diumumkan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series dan akan tiba sekitar akhir tahun ini.

Sohor Kini