Pameran Anime Naruto Berlangsung Di Pavilion Bukit Jalil Oktober Ini

Pameran Anime Naruto, “NARUTO TV Animation 20th Anniversary Exhibition Malaysia”, diumumkan akan berlangsung pada 7 Oktober sehingga 31 Disember 2023 di Pavilion Bukit Jalil bersempena dengan ulang tahun ke-20 siri anime tersebut yang antaranya menyertakan pengalaman baharu untuk adegan-adegan daripada siri tersebut.

Tarikan bagi pameran ini adalah pengunjung dapat alami pengalaman realiti maya membolehkan mereka berinteraksi dengan watak-watak daripada Naruto dan Boruto. Pameran ini akan menghasilkan semula 8 adegan daripada anime dan pengunjung dapat mengalaminya dengan cara berbeza seperti melakukan ninjutus sendiri, terkena “Curse Sealing” dan juga melihat dengan lebih dekat perlawanan Naruto dan Sasuke.

Pembelian tiket untuk pameran ini akan mula dibuka pada 12 September sehingga 5 Oktober bagi pembelian awal dengan harga RM58 atau RM88 (bersama dengan VR). Tiket untuk kanak-kanak berumur 12 tahun dan ke bawah adalah RM18 atau RM48. Maklumat mengenai tiket boleh dilihat melalui pautan ini.

Pada hari pertama pameran iaitu 7 Oktober, penganjur ingin hadir dengan pengumpulan peminat Naruto teramai, dan pengunjung yang hadir dengan kostum Naruto berpeluang untuk mendapat hadiah menarik. Anda boleh ke pautan ini untuk maklumat lanjut.

Pameran ini dianjurkan dengan kerjasama oleh Biz Trend Media, MMIC Entertainment Group, Sozo, I am Start Entertainment, Pavilion Bukit Jalil dan Book My Show.

Sohor Kini