Pandang pertama untuk Assassin’s Creed Mirage sudah mula dikeluarkan minggu ini dengan ramai yang mengatakan yang ia adalah permainan Assassin’s Creed yang kembali seperti permainan asal siri tersebut. Sesuatu yang sudah dinyatakan oleh Ubisoft sebelum ini.
Berlaku di Baghdad, Ubisoft telah menyertakan azan yang akan berkumandang dari semasa ke semasa. Semasa Azan berkumandang, muzik runut permainan ini sepatutnya dihentikan, akan tetapi menurut Ubisoft, beberapa pemain yang mencuba permainan ini mendapati muzik masih dimainkan dan Ubisoft mengatakan yang ia adalah pepijat.
Assassin’s Creed Mirage akan dilancarkan pada 5 Oktober 2023 untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.