99% Penggambaran Beetlejuice 2 Selesai

Selepas 36 tahun Beetlejuice menerima sekuel melalui Beetlejuice 2 yang dijadualkan untuk ditayangkan pada 6 September 2024. Michael Keaton dan Winona Ryder akan kembali sebagai Betelgeuse dan Lydia Deetz. Jenna Ortega akan menjadi anak kepada Lydia, Justin Theroux, Willem Dafoe dan Monica Bellucci akan memainkan watak rahsia.

Sehingga hari ini jalan cerita filem masih belum didedahkan lagi. Terbaru, Tim Burton berkongsi yang penggambaran filem ini telah 99% selesai. Ia ditangguh kerana isu mogok dan mereka hanya perlukan kurang dua hari lagi untuk menyelesaikan penggambaran.

Bukan itu sahaja, Burton turut menyatakan yang beliau amat sukakan filem sekuel ini kerana terkenang kembali sebab kenapa boleh jatuh cinta dengan dunia perfileman. Beetlejuice 2 dikatakan dihasilkan dengan gaya klasik dan asas seperti filem pertama.

Sohor Kini