Starbreeze dan Deep Silver telah mengumumkan yang permainan Payday 3 akan menerima dua watak wanita baharu iaitu Pearl dan Joy. Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga berkongsi kandungan pasca pelancaran yang akan tiba bagi permainan tersebut.
Pearl dan Joy akan menyertai Dallas, Hoxton, Wolf dan juga Chains yang kembali di dalam permainan ini. Manakala bagi kandungan pasca pelancaran mereka telah mengumumkan empat DLC yang akan tiba untuk tahun pertama permainan ini;
Payday 3 akan dikeluarkan pada 21 September unutk PlayStation 5, Xbox Series dan PC melalui Steam dan Epic Games Store. Ia juga ditawarkan melalui Game Pass.