Disney+ Hotstar telah mengumumkan yang Tokyo Revenegers: Tenjiku Arc akan tiba di perkidmatan penstriman tersebut pada 4 Oktober 2023 meneruskan penceritaan yang terhenti selepas selesainya Black Dragon Arc pada bulan April lepas.

Mengikut manga, Tenjiku Arc adalah penceritaan terpanjang di dalam siri ini yang mengandungi 64 bab berbanding Arc lain yang puratannya adalah 40 bab sahaja oleh itu, ia mungkin akan mempunyai jumlah episod yang lebih banyak berbanding biasa. Buat masa ini Valhalla Arc menerima episod terbanyak dengan 13 episod.

Tokyo Revengers adalah siri anime yang mengadaptasi manga oleh Wakui yang diterbitkan bermula pada tahun 2017 dan berakhir pada November tahun lepas.

Sohor Kini