Pada bulan Ogos lepas, Steam telah mengumumkan yang sokongan bahasa Indonesia bagi platform tersebut sudah tersedia di dalam versi beta, hari ini mereka telah mengumumkan yang sokongan bahasa tersebut kini ditawarkan secara rasmi kepada semua pengguna.
Sokongan bahasa Indonesia ini akan menjadi bahasa ke-30 di Steam bersama dengan beberapa bahasa lagi dari Asia Tenggara seperti Thai dan Vietnam.
Steam juga telah mengatakan yang terdapat lebih 900 permainan yang menyokong bahasa Indonesia dan mereka sangat menggalakkan jika pembangun-pembangun permainan menyediakan sokongan bahasa Indonesia di dalam permainan mereka.