Microsoft hari ini mengumumkan kerjasama dengan bank Barclays untuk hadir dengan kad kredit Xbox bagi pengguna di pasaran Amerika Syarikat – Xbox Mastercard.
Setiap pembelian yang dilakukan menggunakan kad kredit ini akan menerima mata yang boleh diggunakan untuk menebus permainan dan juga kandungan yang berkait di Xbox – 1000 mata bernilai $10.
Setiap $1 yang dibelanjakan menggunakan kad kredit ini akan mendapat mata seperti berikut;
Pengguna juga akan mendapat 5000 mata yang dan juga langganan 3 bulan Xbox Game Pass Ultimate selepas pembelian yang pertama.
Xbox Mastercard ini ditawarkan kepada Xbox Insiders di Amerika Syarikat bermula 21 September dan akan dibuka dengan lebih meluas pada tahun 2024.