Skip to main content

Terdapat banyak platform yang memberi markah kepada filem. Antara yang popular adalah Metacritics, IMDB, Rotten Tomatoes, Letterboxd dan banyak lagi. Mereka yang memberi markah biasanya adalah dari golongan pengkritik yang bekerja dalam industri media seperti saya di Aksiz.

Saya biasanya merujuk kepada Rotten Tomatoes untuk mengetahui adakah sesuatu filem itu bagus, bagaimanakah pendapat pengkritik yang lebih berpengalaman dan apa pula persepsi orang awam. Sayang sekali saya mungkin tidak lagi boleh merujuk Rotten Tomatoes sama seperti IMDB kerana sudah dipenuhi dengan ulasan yang tidak telus dan tidak positif yang melampau.

Vulture melaporkan yang sebuah syarikat perhubungan awam (PR), Bunker 15 telah membayar pengkritik untuk mengubah ulasan negatif di Rotten Tomatoes kepada positif. Mereka membayar sama ada $50 (~RM) atau lebih untuk satu ulasan. Ada juga yang menyatakan pengkritik menulis ulasan negatif dengan sengaja di laman web lain yang tidak tersenarai di Rotten Tomatoes.

Rotten Tomatoes juga ada masalah dalam sistem skor “tomato segar” mereka. Laman web ini hanya mengambil jumlah ulasan yang positif dan negatif dan memaparkan skor purata tanpa menyemak siapakah yang menerbitkan sesuatu ulasan.

Saya sedari isu ini sejak tahun lepas, di mana filem yang agak teruk menerima ulasan yang sangat positif sementara filem yang seronok menerima skor yang rendah. Nampaknya saya harus merujuk Letterboxd atau Metacritics selepas ini.

Leave a Reply