Laporan: Nintendo Switch 2 Menyokong Ray Tracing Dan DLSS

Eurogamer melaporkan yang Nintendo secara tertutup telah memperlihatkan permainan yang dimainkan di konsol generasi seterusnya oleh mereka. Mengikut laporan tersebut antara permainan yang diperlihatkan adalah Legends of Zelda: Breath of the Wild dimainkan dengan kadar kelancaran dan grafik yang lebih tinggi.

Menurut VGC pula, satu lagi permainan yang diperlihatkan adalah The Matrix Awakens iaitu demo teknologi yang sebelum ini dikeluarkan untuk PlayStation 5 dan Xbox Series. Melalui permainan ini, diperlihatkan yang konsol baharu ini menyokong Ray Tracing dan juga DLSS.

Sokongan untuk Ray Tracing dan juga DLSS bagi Nintendo Switch telah diperkatakan sejak laporan mengenai Nintendo Switch Pro lagi, akan tetapi Nintendo dikatakan membatalkan Nintendo Switch Pro dan sekadar melancarkan Nintendo Switch OLED sahaja.

Kami sebelum ini telah berkongsi mengatakan yang Nintendo menyasarkan tahun depan untuk pelancaran konsol generasi baharu dengan kit pembangunan untuknya juga sudah diedar. Konsol baharu ini dikatakan akan mengekalkan konsep hibrid yang diperkenalkan melalui Nintendo Switch yang mencetus ura-ura mengatakan ia akan dikenali sebagai Nintendo Switch 2.

Sohor Kini