Starfield walaupun sudah boleh dimainkan sejak seminggu yang lepas melalui akses awal, baru sahaja dilancarkan secara rasmi pada 6 September 2023. Sehari selepas dilancarkan, Ketua Xbox, Phil Spencer telah mengatakan yang permainan tersebut mencatat 1 juta pemain serentak di kesemua platform iaitu Xbox Series dan PC.
Permainan ini juga dilancarkan melalui Xbox Game Pass dan PC Game Pass yang sudah semestinya menyumbang kepada jumlah pemain serentak ini. Di Steam, Starfield baru sahaja mencatat rekod baharu dengan mencatat 269 ribu pemain serentak, dan terus kekal di tempat pertama untuk permainan terlaris.
Di dalam penulisan yang sama, Phil Spencer juga mengucapkan terima kasih kepada semua pemain yang membantu mereka untuk mencapai jumlah tersebut dan mengucapkan tahniah kepada Bethesda Studios.