Skip to main content

Starfield iaitu permainan RPG terbaru oleh Bethesda telah dilancarkan secara rasmi hari ini selepas dikeluarkan secara akses awal untuk beberapa hari yang lepas. Selain dikeluarkan melalui Xbox Store untuk Xbox Series dan Steam serta Windows Store untuk PC, ia juga ditawarkan di dalam Xbox Game Pass dan PC Game Pass.

Walaupun dilancarkan secara akses awal, Starfield telah menerima sambutan yang baik dan mencatat lebih 230 ribu pemain serentak, dan jumlah tersebut meningkat hari ini selepa dilancarkan secara penuh kepada 250 ribu.

Permainan ini juga menerima ulasan yang baik dengan mencatat skor 87 di Metacritic manakala di Steam menerima ‘Very Positive’ daripada lebih 4 ribu ulasan.

Leave a Reply