Skip to main content

Chris Hemsworth, pelakon terkenal di Hollywood sebagai Thor dalam MCU dan Tyler Rake dalam Extraction bakal berganding bahu bersama Pedro Pascal. Paascal adalah pelakon Hollywood yang sangat sibuk sekarang dengan penglibatan kepada pelbagai projek seperti The Last of Us untuk HBO atau The Mandalorian untuk Disney+.

Mereka akan bersama dalam filem Crime 101, mengisahkan seorang detektif percaya dan yakin yang kes rompakan bersiri yang sedang disiasat dalangnya adalah seorang. Sementara pegawai lain menyangkakan ia adalah kerja kartel. Filem ini diadaptasi daripada novel oleh Don Winslow.

Filem ini akan diarahkan oleh Bart Layton. Buat masa ini masih tidak pasti Hemsworth dan Pascal akan memainkan watak mana satu. Produksi filem juga masih belum bermula kerana isu mogok yang belum selesai.

Crime 101 walau bagaimanapun terlibat dengan “perang” bidaan di antara Netflix dan Prime Video. Walaupun Netflix dilaporkan menawarkan jumlah yang lebih banyak, hak filem jatuh kepada Prime Video dengan nilai $90 juta (~RM419,625,000).

Sumber – Puck

Leave a Reply