Barbie Kini Adalah Filem 2023 Dengan Kutipan Tertinggi

Tahun ini filem yang paling berjaya adalah sebuah animasi oleh Illumination dan Nintendo, iaitu Super Mario Bros. Movie. Filem ini menjadi yang pertama tahun 2023 mengutip lebih $1 bilion. Kehangatan Barbenheimer kemudian mengancam kutipan Mario kerana filem Barbie menjadi filem Warner Bros. terpantas mengutip $1 bilion. Selain turut bakal menjadi kutipan tertinggi dalam sejarah Waner Bros.

Baca – Ulasan The Super Mario Bros. Movie

Terkini, Barbie telah mengutip sebanyak $1,381,009,254 iaitu RM 6,429,979,087. Filem ini telah menewaskan kutipan Mario yang hari ini mencatatkan $1,359,754,799 iaitu RM 6,331,018,344. Pada masa yang sama, Oppenheimer turut kini telah mengutip $852,984,000. Ia adalah filem Christopher Nolan paling berjaya sejak 9 tahun lepas.

Baca – Ulasan Barbie

Baca – Ulasan Oppenheimer – Pelakuran Sains, Sinema Dan Subversi Kurang Sempurna

Filem terbaru yang tiba ke pawagam iaitu Equalizer 3 turut mencipta rekod. Kutipan pembukaan filem ketiga francais ini adalah lebih tinggi berbanding filem pertama, $34,500,000 > $34,137,828. Adakah filem ini akan mencipta rekod kutipan tertinggi francais Equalizer? Sama-sama kita nantikan.

Baca – Ulasan The Equalizer 3

Sohor Kini