Skip to main content

Bagi filem untuk bulan lepas boleh dikatakan yang filem tempatan menjadi tumpuan iaitu Malbatt: Misi Bakara yang telah melakukan kutipan sebanyak RM19 juta untuk 8 hari pertama tayangan. Manakala filem-filem yang lain seperti Blue Beetle tidak dapat mengubah nasib kutipan rendah filem DC, Gran Turismo mendapat ulasan yang baik manakala The Equalizer 3 baru sahaja mula ditayangkan beberapa hari yang lepas.

Manakala bagi bulan ini, tarikan utama sudah semestinya adalah Festival Filem Jepun, The Nun 2, A Haunting in Venice, dan The Creator. Manakala filem tempatan yang menjadi tarikan pula adalah Mat Kola dan Fanna. Berikut adalah filem yang akan tiba pada bulan ini mengikut tarikh tayangan daripada cinema.com.my dan mungkin akan berubah dari semasa ke semasa.

Festival Filem Jepun 2023

Tarikh Tayangan: 7 September – 15 Oktober 2023

Festival Filem Jepun 2023 kembali lagi tahun ini di GSC yang akan menawarkan pelbagai filem-filem menarik dari Jepun. Festival ini akan bermula pada 7 September sehingga 13 September di Lembah Klang, 14 September sehingga 17 September di Johor Bharu, 21 September sehingga 24 September di Penang, 5 Oktober sehingga 8 Oktober di Kuching dan 12 Oktober sehingga 15 Oktober di Kota Kinabalu.

Filem yang akan terlibat dengan festival kali ini adalah ‘A Man’, ‘And Yet, You Are So Sweet’, ‘Lupin the Third: Castle of Caglistro’, ‘#Manhole’, ‘Modanys: see You “This” Week!’, ‘Syhlock’s Children’, ‘Small, Slow, But Steady’, ‘The Lines That Define Me’, ‘The Water Flows To The Sea’, ‘The Zen Diary’, ‘We Made A Beautiful Bouquet’, ‘Yokaipedia’, ‘Your Lovely Smile’, ‘Detective Conan: The Last Wizards of the Century’, ‘Detective Conan: Crossroad in the Ancient Capital’, dan ‘Detective Conan: The Private Eyes’ Requiem’.

Harga tiket untuk kesemua filem adalah RM10 kecuali #Manhole yang ditawarkan mengikut harga tiket semasa.

The Nun 2

Tarikh Tayangan: 7 September 2023

Irene Palmer atau lebih dikenali sebagai Sister Irene kembali lagi bertemu dengan Valak atau The Nun, 4 tahun selepas penutup untuk filem The Nun yang dikeluarkan pada tahun 2018. Filem arahan Michael Chaves ini akan menjadi filem kedua bagi file The nun dan merupakan filem 9 di dalam siri filem The Conjuring.

Shin Jigen! Crayon Shin-Chan The Movie

Tarikh Tayangan: 14 September 2023

Shin Jigen! Crayon Shin-Chan the Movie ataupun Dimensi Baharu! Filem Crayon Shin-Chan merupakan filem ke-31 bagi siri anime popular ini dan merupakan pertama kali filem Shin-chan dengan gaya animasi 3DCG. Di dalam filem ini, Shin-chan telah mendapat kuasa telekinetik manakala seorang lagi watak iaitu Mitsuru Hiriya mendapat kuasa psikik dan ingin gunanya untuk menghancurkan dunia, Shin-chan menjadi adiwira di dalam filem ini.

A Haunting In Venice

Tarikh Tayangan: 14 September 2023

Filem ketiga yang memperlihatkan Hercule Poirot perlu menyiasat mengenai pembunuhan, dan kali ini melibatkan kes yang melibatkan seorang bomoh iaitu Joyce Reynolds lakonan Michelle Yeoh. Seperti dua filem sebelum ini, filem ini juga merupakan adaptasi kepada novel oleh Agatha Christie dan kali ini mengadaptasi Hallowe’en Party.

Mat Kola

Tarikh Tayangan: 21 September 2023

Mat Kola adalah filem arahan Hafiz Nafiah mengenai tiga lelaki yang bernasib malang iaitu Mat ki, Mat Yon dan juga Mat Not. Ingin mengubah nasib mereka, mereka bertiga telah menyewa rumah bersama dan ingin berniaga burger tetapi usaha mereka tersebut menimbulkan perasaan iri hati oleh Pak Syeikh yang ingin sabotaj iklan mereka.

Expend4bles

Tarikh Tayangan: 21 September 2023

Sylvester Stallone kembali lagi bersama dengan pelakon-pelakon terkenal seperti Jason Statham, Dolph Lundgren, 50 Cent dan kali ini juga melibatkan Megan Fox dan Tony Jaa untuk filem keempat bagi siri Expend4bles. Kumpulan The Expendables kali perlu menyekat pengganas yang diketuai oleh Suarto Rahmat lakonan Iko Uwais.

The Creator

Tarikh Tayangan: 28 September 2023

Filem yang ditulis dan juga diarah oleh Gareth Edwards iaitu pengarah untuk Rogue One: A Star Wars Story, Godzilla dan Monsters. Filem ini adalah mengenai peperangan di antara manusia yang telah keluar daripada bumi yang dikuasai oleh AI. Joshua lakonan John Washington telah dihantar untuk membunuh The Creator yang dikatakan sebagai ketua AI.

The Last Voyage of the Demeter

Tarikh Tayangan: 28 September 2023

Filem ini merupakan adaptasi kepada bab di dalam novel Dracula oleh Bram Stoker iaitu “The Captain’s Log” yang memfokuskan kepada kejadian di mana Dracula berada di atas kapal iaitu Demeter yang terdampar di England dan polis telah menjumpai catatan oleh kapten mengenai kejadian yang berlaku di kapal tersebut.

PAW Patrol: The Mighty Movie

Tarikh Tayangan: 28 September 2023

PAW Patrol: The Mighty Movie adalah filem susulan kepada PAW Patrol: The Movie yang dikeluarkan pada tahun 2021 yang juga berdasarkan siri animasi PAW Patrol yang dihasilkan oleh Keith Chapman. Filem ini diarahkan oleh Cal Brunke dengan pelakon suara seperit Mckenna Grace, Taraji P. Henson dan Marsai Martin.

Fanna

Tarikh Tayangan: 28 September 2023

Filem arahan Andy Liew ini adalah mengenai Fanna lakonan Fify Azmi yang menghidapi kanser dan Shafik lakonan Syafie Naswip yang terlibat dengan aktiviti gangsterism, semasa cuba menyelamatkan Fanna daripada penculikan, Shafik telah menjadi buruan penjahat dan mereka terpaksa melarikan diri.

Leave a Reply