Skip to main content

MALBATT: Misi Bakara adalah filem aksi peperangan baharu Adrian Teh dan Act 2 Pictures. Filem ini adalah kisah benar mengenai pasukan tentera negara kita menyelamatkan 70 renjer Amerika Syarikat di Bakaara Market pada tahun 1993. MALBATT juga adalah olahan semula filem Black Hawk Down dengan fokus kepada perspektif tentera kita.

Baca – Ulasan MALBATT: Misi Bakara

Filem ini sudah pun berada di pawagam sejak 24 Ogos lepas. Hari ini GSC mengumumkan, selepas 8 hari tayangan filem ini telah mengutip sebanyak RM19 juta. Semasa tayangan awal, filem ini mengutip sebanyak RM1 juta. MALBATT: Misi Bakara nampaknya ada potensi untuk menjadi filem tempatan dengan kutipan tertinggi.

Setakat ini tempat ketiga adalah Munafik 2 dengan RM48 juta, kedua adalah Polis Evo 3 RM54 juta dan tempat pertama adalah Mat Kilau dengan kutipan lebih RM90 juta. MALBATT: Misi Bakara telah pun menjayakan “Misi 10 Juta” adakah kita akan lihat “Misi 100 Juta” pula?

Leave a Reply