2K dan Gearbox Software telah mengumumkan dua penawaran baharu untuk permainan Borderlands. Pertama adalah Borderlands Collection: Pandora’s Box dilancarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC. Kedua, Borderlands 3 Ultimate Edition akan dilancarkan untuk Nintendo Switch pada 6 Oktober 2023.
Borderlands Collections: Pandora’s Box merupakan berkas permainan Borderlands yang menyertakan Borderlands, Borderlands 2, Borderlands: The Pre-Sequel, Tales from the Borderlands, Borderlands 3 dan New Tales from the Borderlands.
Berkas ini ditawarkan dengan harga RM255.60 iaitu potongan 60% tetapi untuk pelanggan PS Plus sahaja dengan harga tanpa diskaun adalah RM639. Manakala di Steam ia ditawarkan dengan harga RM188.08.
Manakala melalui Borderlands 3 Ultimate Edition, permainan ini akhirnya dilancarkan untuk Nintendo Switch dan disertakan bersama dengan pelbagai barangan di dalam permainan termasuk juga kesemua DLC yang tiba untuknya.
Anda boleh baca ulasan kami untuk Borderlands 3 di pautan ini.