Anwar : The Untold Story telah ditayangkan di pawagam sekitar bulan Mei lepas, dan kini filem biografi perjuangan awal Anwar Ibrahim, Perdana Menteri Malaysia yang ke-10 ini bakal ditayangkan melalui Netflix bermula hari Khamis ini.

Filem ini dilakonkan oleh Farid Kamil sebagai Anwar Ibrahim, selain watak-watak lain seperti Hasnul Rahmat, Acha Septriasa, dan sebagainya. Ketika tayangan beberapa bulan lepas, filem ini menerima reaksi berbeza, dan tidak kurang juga kritikan kerana kesinambungan ceritanya.

Di Aksiz sendiri, filem ini diberikan skor 4/10, antaranya disebabkan oleh suntingan filem yang bercelaru, penghasilan adegan yang sering tergantung dan beberapa sebab lain.

Apa pun, bagi anda yang belum berpeluang menontonnya, boleh menonton filem Anwar : The Untold Story ini melalui Netflix bermula Khamis ini.

Sohor Kini