Di Rumah Pun Tidak Ramai Ingin Tonton The Flash

Lima hari lepas filem The Flash akhirnya ditawarkan di HBO GO untuk pelanggan di Malaysia, sebulan selepas versi digital. The Flash adalah filem DC baharu lakonan Ezra Miller, Michael Keaton, Sasha Calle, George Clooney dan Ben Affleck. Ia menjadi antara filem DC yang paling gagal kerana kutipan yang lebih rendah berbanding Green Lantern serta bajet tinggi termasuk promosi tanpa pulangan yang memuaskan.

Baca – Ulasan The Flash

Isu The Flash adalah hype lebih oleh James Gunn serta Warner Bros. yang terlampau yakin dengan filem ini. The Flash bukannya teruk, ia seronok cuma tidak memuaskan dan bukan yang paling hebat. Kini selepas hampir seminggu boleh ditonton di rumah Samba TV melaporkan orang ramai turut masih tidak ingin menontonnya.

Di Amerika Syarikat, hanya 1.1 juta penonton menonton filem ini. Ini adalah jumlah lebih rendah berbanding Black Adam yang ditonton oleh 1.2 juta orang pada minggu pertama. Filem The Flash menjadi gagal kerana isu Ezra Miller sendiri yang terlibat dengan banyak jenayah serta produksi yang kerap bertukar penulis dan pengarah.

Sumber – Deadline

Sohor Kini