Sea of Stars Terjual 100 Ribu Unit Pada Hari Pertama

Sabotage Studio telah mengumumkan yang permainan terbaru mereka iaitu Sea of Stars telah terjual sebanyak 100 ribu unit pada hari pertama pelancaran. Permainan ini dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series, Nintendo Switch dan PC.

Sea of Stars merupakan permainan turn-based RPG yang memfokuskan kepada dua watak utama iaitu Valere dan Zale. Mereka dapat menggunakan kuasa matahari dan bulan untuk melawan Alchemist. Permainan ini berlaku di dalam dunia yang sama dengan The Messenger iaitu permainan oleh Sabatoga Studio dikeluarkan pada tahun 2018.

Pencapaian ini sudah semestinya mengagumkan terutama ia adalah permainan indie dan juga turut ditawarkan melalui Game Pass untuk PC dan juga Xbox.

Sohor Kini