Acer Malaysia telah mengumumkan yang pusingan kelayakan untuk Malaysia bagi Asia Pacific Predator League akan bermula pada 16 September 2023 dengan pendaftaran kini dibuka sehingga 14 September.

APAC Predator League tahun ini mempertandingkan dua permainan iaitu Dota 2 dan juga Valorant menggantikan PUBG tahun lepas. Pendaftaran boleh dilakukan melalui pautan berikut; Dota 2 dan Valorant.

Pusingan kelayakan untuk Valorant akan berlangsung pada 16 September sehingga 17 September secara dalam talian dengan peringkat akhir akan berlangsung secara luar talian pada 1 Oktober.

Manakala pusingan kelayakan Dota 2 pula akan berlangsung pada 23 September sehingga 24 September secara dalam talian dan peringkat akhir secara luar talian pada 30 September. Kedua-dua peringkat akhir akan berlangsung di Noizucon, KL Convention Centre.

Selain berpeluang menjadi wakil Malaysia untuk ke Asia Pacific Predator League Grand Finals, pasukan juga akan merebut hadiah terkumpul sebanyak RM100 ribu.

Asia Pacific Predator League Grand Finals akan berlangsung di Manila, Filipina yang menawarkan hadiah terkumpul $400 ribu.

Sohor Kini