Netflix hari ini telah berkongsi treler acah untuk The Killer iaitu filem baharu oleh pengarah David Fincher. Filem ini dibintangi oleh Michael Fassbender, Tilda Swinton dan Monique Ganderton.
The Killer merupakan filem aksi psikologi thriller berdasarkan novel grafik berbahasa Perancis dengan judul yang sama ditulis oleh Alexis Nolent dan dilukis oleh Luc Jacamon. Filem ini adalah mengenai ‘The Killer’ lakonan Michael Fassbender terlibat dengan pemburuan selepas cubaan membunuh yang gagal.
Filem ini akan disiarkan di Netflix pada 10 November 2023.