Destiny 2: The Final Shape Membawa Pemain Ke Dalam Traveler

Bungie telah berkongsi lanjut mengenai penambahan seterusnya untuk Destiny 2 iaitu The Final Shape yang akan dilancarkan pada 27 Februari 2024 bersama dengan pengumuman ini, mereka juga memperkenalkan ‘Episode’ iaitu pembahagian baharu bagi kandungan-kandungan Destiny 2 selepas pelancaran The Final Shape.

Di dalam penambahan ini, pemain akan meneruskan penceritaan selepas Lightfall, di mana The Witness telah membuka Traveler dan telah masuk ke dalam. Jika Traveler sebelum ini menyelamatkan Guardians, kini giliran Guardians untuk menyelamatkan Traveler.

Guardians akan memasuki Traveler dan menariknya, Traveler telah menghasilkan semula kawasan-kawasan yang pernah dilalui oleh pemain, namun kali ini ia akan menjadi medan pertempuran baharu.

Walaupun The Final Shape akan menjadi pengakhiran untuk ‘The Light and Darkness Saga’ iaitu kisah penceritaan yang bermula dari Destiny yang dikeluarkan pada tahun 2014, namun Destiny 2 tidak akan berakhir penceritaan akan diteruskan melalui Episode.

Episode akan diperkenalkan selepas The Final Shape dikeluarkan dan akan menggantikan musim. Berbanding 4 musim sekarang, Episode akan mempunyai tiga untuk setahun dan akan bermula dengan Echoes yang tiba pada bulan Mac 2024. Dua Episode lain adalah Revenant dan Heresy dan menurut Bungie, setiap episod ini akan mempunyai kisah tersendiri.

Musim baharu untuk Destiny 2 juga kini bermula iaitu Season of the Witch yang akan berkait dengan The Witch Queen dan juga Immaru dan pertempuran melawan Xivu Arath.

Destiny 2 sudah dikeluarkan untuk PlayStation 4, PlayStation 5, Xbox One, Xbox Series dan PC.

Sohor Kini