Darin Harris pada 22 Ogos lepas telah berkongsi video yang dirakam menggunakan telefon pintar yang memperlihatkan 45 minit pertama untuk permainan Starfield. Video ini telah dimuat naik di YouTube sebelum dipadamkan oleh Zenimax Media.
Selepas mengeluarkan video tersebut, dia juga berkongsi video susulan dan mengatakan ‘ulasan pertama’ untuk Starfield. Menjadi lebih aneh, dia juga mula menyenaraikan salinan permainan Starfield untuk dijual di laman Mercari (senarai tersebut tidak lagi boleh diakses).
Kotaku kemudian melaporkan yang polis di Shelby County telah menahan Darin Harris dengan tuduhan memiliki barangan yang dicuri dia juga memiliki dadah jenis marijuana semasa di tahan.
Buat masa ini tidak disahkan lagi jika barangan curi tersebut merujuk kepada salinan Starfield ataupun barangan lain, akan tetapi pada 24 Ogos lepas, dia mula memadamkan perkongsian di media sosial.
Bethesda dan Microsoft juga masih tidak mengeluarkan sebarang kenyataan mengenai perkara ini.
Starfield akan dikeluarkan pada 6 September 2023 untuk Xbox Series dan PC.