Evil Geniuses Adalah Juara VCT Champions 2023 Mengecewakan Paper Rex

Evil Geniuses (EG) telah menjadi pasukan Valorant terbaik di dunia apabila memenangi VCT Champions 2023 selepas mengalahkan Paper Rex dengan skor 3-1. Selaku juara mereka membawa pulang hadiah $1 juta, manakala Paper Rex di tempat kedua membawa pulang $400 ribu.

EG bermain dengan cemerlang sepanjang kejohanan ini, apabila memenangi kesemua perlawanan di peringkat liga dan hanya tewas kepada Paper Rex di peringkat Akhir Upper Bracket sebelum mengalahkan Loud di Akhir Lower Bracket untuk bertemu semula dengan Paper Rex di peringkat akhir.

Paper Rex juga hanya kalah satu perlawanan sahaja di dalam kejohanan ini, malangnya mereka tewas di peringkat yang paling penting. Namun, mendapat tempat kedua dan menjadi pasukan kedua terbaik di dunia adalah satu pencapaian yang mengagumkan dan terbaik untuk mana-mana pasukan dari Asia Pasifik.

Bagi Valorant Champions Tour 2024, mereka sebelum ini telah mengumumkan tiga pasukan baharu akan terlibat iaitu The Guard dari Amerika Utara, Gentle Mates dari Perancis, dan Bleed Esports dari Singapura.

Sumber Gambar: Valorant

Sohor Kini