Khusus untuk ‘kipas susah mati’ kandungan Gempak, Pameran Kadokawa Gempak Starz Keep Going kini berlangsung di Balai Seni Negara sehingga 25 September 2023. Ia dibuka bermula pada pukul 9 pagi sehingga 5 petang dan kemasukan adalah percuma.

Melalui pameran ini, pengunjung dapat melihat pelbagai karya oleh pelukis-pelukis Gempak Starz termasuk jugalah untuk Lawak Kampus. Selain itu terdapat juga figura menarik untuk menjadi tempat anda mengambil gambar kenangan.

Kadokawa Gempak Starz merupakan penerbit komik, manga dan novel grafik dari Malaysia yang bermula pada tahun 1971 lagi sebagai ‘Kowik Lawak Atau Lawak Creation’ dan telah hadir dengan ratusan kandungan.

Sumber Gambar: FB Gempak Starz

Sohor Kini