Milestone bersama dengan penerbit Plaion telah melancarkan Ride 5 iaitu permainan simulasi lumba motosikal untuk PlayStation 5, Xbox Series dan juga PC melalui Steam serta Epic Games Store.
Ride 5 antaranya menyertakan mod Career yang diperbaharui dengan menyertakan narrotor untuk memperkenalkan mengenai 200 kejadian yang berlaku di dalam mod ini, ini termasuklah mengenai 10 lawan yang menjadikan mod ini lebih kompetitif.
Selain itu, perlumbaan Endurance juga disertakan untuk perlumbaan selama 20 minit sehingga 24 jam. Pemain juga boleh jeda dan simpan semasa berlumba dan juga menggunakan fungsi mandir jika melakukan kesalahan.
Versi kali ini juga mengambil kelebihan yang hadir melalui konsol generasi terkini untuk memberikan sistem cuaca yang dinamik, fizik motosikal yang lebih realistik. Permainan ini menyokong fungsi rentas platfrom tetapi di antara konsol sahaja.