Skip to main content

Peringkat akhir untuk PUBG Mobile Super League Asia Tenggara bermula hari ini yang akan memperlihatkan 16 pasukan bertempur untuk merebut hadiah terkumpul $250 ribu. Kejohanan ini berlangsung Sunway Velocity Mall bermula pada 25 Ogos sehingga 27 Ogos 2023.

Kejohanan ini bermula dengan 20 pasukan yang bertempur di peringkat liga berlangsung dari 2 sehingga 21 Ogos untuk mencari 16 pasukan terbaik seperti berikut;

  • Geek FAM
  • Yoodo Alliance
  • SEM9
  • Persija EVOS
  • D’Xavier
  • Bigetron RV
  • Rex Regum Qeon
  • Vampire Esports
  • Xerxia
  • Alter Ego Ares
  • BN United
  • The Infinity
  • Morph GPX
  • Genesis Esports
  • FaZe Clan
  • Playbook Esports

Penglibatan pasukan Malaysia di peringkat akhir adalah melalui Geek FAM, Yoodo Alliance, dan SEM9 telah yang berada di kedudukan 7,8 dan 9 semasa peringkat liga. Manakala dua lagi pasukan Malaysia iaitu Don’t Break Dreams dan Team Secret terlepas kelayakan selepas berada di kedudukan 18 dan 20.

Penglibatan tiga pasukan dari Malaysia di peringkat akhir ini telah mendapat perhatian daripada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh.

“Saya berbangga dengan pasukan Malaysia yang telah berjaya mara ke pusingan terakhir PUBG MOBILE Super League. Ini adalah bukti terhadap perkembangan industri esukan dalam Malaysia. Saya berharap pencapaian ini akan mendorong lebih ramai lagi anak muda untuk mengejar impian mereka dalam bidang esukan.” katanya.

Anda boleh kunjungi Sunway Velocity Mall untuk tonton kejohanan ini, ataupun melalui penstriman langsung di laman-laman rasmi PUBG Mobile.

Leave a Reply