Baldur’s Gate 3 Akan Tiba Untuk Xbox Series Tahun Ini

CEO Larian Studios Swen Vincke telah mengatakan yang Baldur’s Gate 3 akan turut tiba pada tahun ini berbanding jangkaan sebelum ini iaitu pada tahun depan.

Melalui penulisan di X, beliau mengatakan yang selepas berjumpa dengan ketua Xbox Phil Spencer, mereka telah menjumpai cara untuk membawa permainan tersebut ke konsol Xbox Series tahun ini.

Masalah utama yang menghalang Baldur’s Gate 3 dilancarkan bersama dengan PlayStation 5 iaitu pada 6 September ini adalah Larian Studios tidak dapat menyertakan mod koperasi setempat di konsol Xbox Series S.

Swen Vincke mengatakan yang semasa pelancaran, Baldur’s Gate 3 untuk Xbox Series S tidak akan menyertakan fungsi tersebut masih menyokong rentas-simpanan di antara Xbox Series X dan PC.

Sohor Kini