Skip to main content

Sony Interactive Entertainment telah mengumumkan yang mereka telah memasuki perjanjian untuk mengambil-alih Audeze iaitu pembangun set fon kepala mercu dan juga set fon kepala khusus untuk permainan video.

Menurut SIE, pengambil-alihan ini adalah usaha untuk meneruskan inovasi di dalam pengalaman audio untuk PlayStation.

Selepas pengambil-alihan ini, Audeze akan terus beroperasi secara kendiri dan membangunkan produk untuk pelbagai platform dan pada masa akan mendapat kelebihan sebagai sebahagian daripada ekosistem PlayStation.

Kos pengambil-alihan ini masih tidak diumumkan atas sebab komitmen kontrak.

Leave a Reply