Skip to main content

Gary McKay iaitu Pengurus Besar BioWare hari ini telah mengumumkan yang mereka beralih untuk menjadi studio yang lebih agile dan lebih fokus untuk menjadikan pembangun dapati bertindak dengan lebih cepat, lebih kreatif dan juga mempunyai visi yang lebih jelas.

Oleh itu, untuk mencapai ini, beliau mengatakan yang perubahan bukan sahaja diperlukan tetapi sesuatu yang tidak dapat dielakkan. Sebahagian daripada ini, mereka telah menamatkan lebih kurang 50 jawatan di dalam studio tersebut.

Beliau juga mengatakan yang akan keputusan untuk menamatkan jawatan-jawatan tersebut pada waktu ini, adalah untuk memastikan mereka dapat peluang terbaik untuk menyertai bahagian ataupun studio lain di dalam EA. Walaupun mustahil untuk mencari tempat bagi kesemua pekerja akan tetapi mereka komited untuk terus membantu pekerja yang terkesan.

Antara yang terkesan adalah Mary Kirby iaitu penulis yang telah bersama dengan BioWare sejak tahun 2006 lagi dan terlibat sebagai penulis untuk kesemua Dragon Age, dan Star Wars: The Old Republic.

BioWare pada waktu ini di peringkat akhir pembangunan Dragon Age: Dreadwolf dan peringkat awal permainan baharu Mass Effect.

Leave a Reply