Level Infinite buat pertama kalinya telah hadir dengan acara mereka tersendiri iaitu Into the Infinite: A Level Infinite Showcase yang dianjurkan bersempena dengan Gamescom 2023. Melalui acara ini mereka telah berkongsi lanjut mengenai permainan-permainan yang dibangunkan dan/atau diterbitkan oleh mereka.
Anda boleh tonton acara penuh di video di bawah, kami juga senaraikan segala pengumuman yang dilakukan.
Assassin’s Creed: Jade
Ubisoft sebelum ini telah mengumumkan permainan mudah alih berdasarkan Assassin’s Creed dengan menggunakan judul Assassin’s Creed: Codename Jade. Level Infinite telah mengumumkan yang mereka akan menjadi penerbit untuk permainan tersebut dan akan menggunakan judul Assassin’s Creed: Jade.
Mereka juga mengumumkan yang sesi beta tertutup kedua akan tiba tidak lama lagi, dan anda boleh mendaftar minat di laman rasmi mereka.
Synced
Next Studios dan Level Infinite telah mengumumkan yang Synced iaitu permainan looter shooter dengan elemen rogue-lite akan dilancarkan pada 8 September 2023 di PC melalui Steam dan juga Epic Games Store. Ia menyertakan mod PvP dan juga PvE.
Song of Nunu: A League of Legends Story
Song of Nunu: A League of Legends Story sudah diumumkan sebelum ini yang merupakan permainan oleh Tequila Works dengan kerjasama bersama dengan Riot Forge untuk mengembangkan lagi penceritaan League of Legends. Di acara ini, treler baharu dikongsi dan tarikh pelancaran diumumkan iaitu akhir tahun ini.
Stampede: Racing Royale
Stampede: Racing Royale adalah permainan kart yang menyertakan elemen Battle Royale, 60 pemain akan berlumba dan bertempur secara dalam talian. Ia akan dilancarkan pada 2 November secara akses awal di Steam. Permainan ini dibangunkan oleh Sumo Leamington dan Diterbitkan oleh Secret Mode.
Delta Force: Hawk Ops
Delta Force adalah siri permainan first-person shooter yang tiba pertama kali pada tahun 1998 lagi. Permainan terbaru iaitu Deltra Force: Hawk Ops sedang dibangunkan oleh TiMi Studios dan mereka telah berkongsi kemaskini terbaru bagi pembangunan permainan tersebut. Delta Force: Hawk Ops akan dikeluarkan untuk PlayStation, Xbox, PC, iOS dan Android.
Wayfinder
Airship Syndicate dan juga penerbit Digital Extremes telah berkongsi treler baharu untuk Wayfinder yang sudah dilancarkan secara akses awal. Treler ini antaranya memperlihatkan kandungan-kandungan baharu yang akan tiba.
Tarisland
Pembangun LocoJoy telah berkongsi treler baharu untuk permainan MMORPG Tarisland mereka yang juga mengumumkan sesi beta tertutup akan berlangsung November ini yang akan memberikan peluang kepada pemain di PC dan peranti pintar untuk mencuba kelas dan juga PvP.
Warhammer 40,000: Darktide
Fatshark telah mengumumkan yang Warhammer 40,000: Darktide akhirnya akan tiba untuk Xbox Series pada 4 Oktober 0223. Mereka juga mengatakan yang sistem kelas akan diubah yang akan memberikan cara baharu untuk perkembangan tahap.
Warhammer: Vermintide 2
Fatshark juga berkongsi kandungan baharu untuk Warhammer: Vermintide 2 dengan mengumumkan kelas baharu iaitu Necromancer yang akan tiba pada 19 Oktober 2023. Mereka juga kongsi treler cinematic yang baharu.
Dune: Spice Wars
Shiro Games dan Funcom telah mengumumkan yang Dune: Spice Wars akan dilancarkan secara penuh pada bulan September ini, tetapi tiada tarikh tetap yang dinyatakan. Bersama dengan pengumuman ini, mereka juga telah berkongsi treler baharu.
Arena Breakout
Arena Breakout adalah permainan FPS di peranti pintar yang dibangunkan oleh MoreFun. Ia sudah dikeluarkan pada bulan Julai lepas, dan melalui treler baharu yang dikongsi mereka mengumumkan musim kedua untuk permainan tersebut akan tiba Oktober ini dan menyertakan peta dan boss baharu.
GTFO
10 Chambers telah mengumumkan kemaskini besar untuk permainan shooter koperasi iaitu GTFO melalui kemaskini yang berjudul ALT://Rundown 6.0 yang antaranya akan menyertakan 13 expedition baharu.
Command & Conquer: Legions
Level Infinite telah mengumumkan yang Command & Conquer: Legions iaitu permainan berdasarkan siri popular Command & Conquer yang dibangunkan untuk telefon pintar oleh Yorha Studios. Selain berkongsi treler baharu, mereka juga mengumumkan bermula esok sesi percubaan tertutup berlangsung esok untuk permain di Australia, Kanada, Perancis, Mexico, New Zealand dan Filipina dengan lebih banyak negara disertakan kemudian.