PlayStation hari ini telah mengumumkan secara rasmi yang peranti yang digelar sebagai Project Q sebelum ini merupakan PlayStation Portal iaitu peranti untuk menstrim permainan daripada PlayStation 5. Menurut mereka, peranti ini sesuai bagi yang berkongsi TV ataupun sekadar ingin bermain PS5 tanpa berada di bilik yang sama.

Peranti ini menyokong sambungan menggunakan Wi-Fi dan menurut PlayStation, keperluan minimum adalah kelajuan internet 5Mbps tetapi untuk pengalaman terbaik memerlukan 15Mbps atau lebih.

PlayStation Portal ini, yang mungkin kita boleh gelar sebagai PSP menyertakan skrin bersaiz 8-inci dengan resolusi 1080p dengan sokongan kadar kelancaran sehingga 60FPS. Skrin ini menggunakan panel LCD. Melengkapi peranti ini adalah alat kawalan DualSense yang terbina.

PlayStation Portal ini akan dilancarkan pada tahun ini dengan harga $199.99 (~RM931).

Selain itu, mereka juga telah mengumumkan dua aksesori audio iaitu set fon kepala nirwayar Pulse Elite dan set fon telinga nirwayar Pulse Explore. Pulse Elite ditawarkan dengan harga $149.99 manakala Pulse Explorer dengan harga $199.99. Tarikh pelacaran untuk kedua-dua aksesori ini akan diumumkan kemudian.

Sohor Kini