Undawn Menerima Kemaskini Dessert Fury Minggu Ini

Garena telah mengumumkan yang kemaskini seterusnya untuk Undawn iaitu Desert Fury akan tiba pada 24 Ogos. Kemaskini antaranya menyertakan peta baharu iaitu Golden Desert dan juga mod baharu iaitu Rally Racing.

Pemain akan mengembara di peta baharu iaitu Golden Desert ditemani oleh penembak Catherine di dalam misi untuk menyiasat mengenai orang hilang dan juga mencari raksasa baharu iaitu Giant Sandworm yang boleh dilawan oleh pemain yang telah mencapai tahap 70.

Di dalam mod baharu iaitu Rally Racing, pemain boleh menggunakan pelbagai kenderaan berbeza untuk berlumba di enam litar yang berada di peta-peta berbeza, antaranya adalah Golden Track yang berada di Golden Desert.

Kemaskini ini juga akan menyertakan dua kelas baharu iaitu Highwayman dan Troubadour, Highwayman membolehkan pemain untuk mengubahsuai kenderaan manakala Troubadaour pemain boleh bermain alat muzik.

Pemain yang log masuk bermula 24 sehingga 30 Ogos akan mendapat barangan percuma seperti kostum Punk Rock dan juga gelaran ‘Golden Explorer’. Garena juga akan memberikan beg Call of the Blue bagi pemain yang bermain pada 26 Ogos 2023.

Garena Undawn sudah dikeluarkan untuk iOS dan Android. Ia adalah permainan percuma dan menyertakan pembelian di dalam permainan.

Sohor Kini